THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, November 29, 2010

Ngangkung...

Semalam aku berpeluang tengok citer nih kat TGV Klcc.

Klakar giler dan penuh sarat dgn elemen nasihat.Filem nih antara filem komedi seram yg bagi aku sangat la best...x merapu...padat...lawak yg spontan dan menjadi. Untuk sekian lama aku rasa proud dgn movie melayu nih...ada intelligent karekter dlm lakonan...bukan sekadar tangkap muat je...SYabas pada Pengarah Filem nih iaitu Saudara Ismail Bob Hashim...biarpun ini ada la filem arahan pertama beliau...syabas jugak pada pelakon2 baru dan yg lama sebab berjaya bawak watak2 masing2 dgn berkesan tanpa ada rasa bosan.

Untuk filem nih aku kasik 5 bintang dilangit...hehehe...


Filem Ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.

Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.

Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”.


1 comments:

Kak hana said...

acid: suka tengok movie ea..rajinnye acid wat review crita kan..wink:)