THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, January 7, 2011

Stella Awards


Tahukah korang ??

Terdapat sebuah penghargaan bernama “Stella Award” ? Stella Award ni diberikan untuk TUNTUTAN PALING BODOH DI AMERIKA. Atau nak lagi faham lagi iaitu mereka mendapat ganti rugi yang besar atas perbuatan bodoh mereka sendiri. Haha.. pelik bukan? So mana datang nama award nie? Nama Stella Award sendiri berasal dari Stella Lieback. Nenek yg berusia 81 tahun ini telah menumpahkan kopi yg dibelinya di McDonald ke atas dirinya sendiri. Lantas, si nenek ni membuat tuntutan di mahkamah terhadap McDonald dan telah menang kes. Kes Stella ini telah memberikan ilham terhadap kewujudan perhargaan ini. (Boleh macam tu? ). Dan para calon-calon untuk Stella Award ni adalah :

1. Kathleen Robertson dari Texas. Robertson memenangi ganti rugi dari dewan juri sebanyak $780.000 setelah dia membuat tuntutan terhadap sebuah kedai perabot.Robertson menuntut kedai itu kerana pergelangan kakinya patah setelah tersandung kanak-kanak lelaki yang berlarian di dalam kedai tersebut.Pemilik kedai perabot sangat terkejut terhadap isi keputusan tersebut, memandang kanak-kanak lelaki yang “tersandung” itu adalah anak kandung Robertson sendiri.

2. Carl Truman dari Los Angeles.lelaki berusia 19 tahun ini memenangi ganti rugi sebanyak $74.000 dan kos perawatan kesehatan setelah jirannya melindas tangannya dengan Honda Accord. Truman nampaknya tidak menyedari bahwa jirannya pemilik Accord tersebut sedang memegang stereng kereta itu ketika Truman berusaha mencuri velg kereta tersebut.

3. Terrence Dickson dari Bristol , Pennsylvania. Dickson sedang berusaha meninggalkan rumah yang baru saja dia rompak dengan melewati pintu garaj. Namun, dia tidak boleh membuat pintu garaj automatik itu membuka ke atas kerana pintu itu rosak. Dickson juga tidak boleh kembali ke rumah itu.kerana ketika dia menutup pintu yang menghubungkan garaj dengan rumah, pintu itu terkunci secara automatik kerana keluarga pemilik rumah itu sedang bercuti, Dickson terkurung di garaj selama lapan hari dan bertahan hidup dengan meminum Pepsi dan makan makanan anjing yang dia temukan di garaj.Dickson pencuri itu membuat tuntutan terhadap pemilik rumah dan mendakwa bahwa kejadian itu mengakibatkan dia menderita gangguan mental yang hebat. Dewan juri sepakat untuk memberi Dickson $500.000.

4. Jerry Williams dari Little Rock , Arkansas .Dia memenangi ganti rugi $14.500 dan biaya perawatan kesehatan setelah punggungnya digigit oleh anjing jirannya. Anjing itu sendiri terantai di depan rumah jirannya. Award tersebut layak untuk diberikan kepada Williams. Juri berpendapat bahwa anjing tersebut mungkin sedikit terpengaruh oleh tindakan William yang ketika itu menembak anjing itu dengan senapang angin berkali-kali.

5. Amber Carson dari Lancaster, Pennsylvania. Sebuah restoran di Philadelphia diperintahkan untuk membayar pada Carson sebanyak $113.500 setelah ia terjatuh di genangan air minuman ringan yang menyebabkan tulang lengannya patah. Minuman itu berada di lantai kerana Carson membaling minuman itu pada kekasihnya ketika bertengkar 30 minit sebelumnya.

6. Kara Walton dari Delaware. Walton berjaya membuat tuntutan terhadap sebuah night club ketika dia terjatuh ke lantai dari tingkap tandas awam night club tersebut. Kejadian itu menyebabkan patahnya dua gigi depan Walton. Kejadian itu terjadi ketika dia mencuba menyelinap melalui tingkap tandas demi menghindari membayar cover charge sebanyak $3.50.Dia diberi ganti rugi sebanyak US $12.000 dan biaya perawatan gigi.

DAN PEMENANGNYA ADALAH :

Merv Grazinsky dari Oklahoma City. Pada November 2001, Grazinsky membeli sebuah kereta caravan Winnebago sepanjang sekitar 9 meter. Dalam perjalanan pertamanya menuju ke rumah, dia melalui jalan tol, mendengar radio sambil memandu dengan kelajuan pada 70 mph.Lalu dengan selamba, Grazinsky meninggalkan bangku pemandu ke belakang untuk membuat secawan kopi . Tidak mengherankan, kendaraan itu keluar dari jalan tol kemudian berlanggar dan tergolek. Grazinsky membuat tuntutan terhadap Winnebago kerana tidak menyebutkan dalam buku petunjuk manual bahwa kenderaan itu tidak boleh melakukan hal tersebut .Dia mendapat ganti rugi sebanyak $1.750.000 ditambah sebuah Winnebago baru . Akibat kes ini, Winnebago akhirnya mengubah buku petunjuk manualnya.

1 comments:

nanimsani said...

now i know..thanks for the info bro! ;)