THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, November 29, 2010

Ngangkung...

Semalam aku berpeluang tengok citer nih kat TGV Klcc.

Klakar giler dan penuh sarat dgn elemen nasihat.Filem nih antara filem komedi seram yg bagi aku sangat la best...x merapu...padat...lawak yg spontan dan menjadi. Untuk sekian lama aku rasa proud dgn movie melayu nih...ada intelligent karekter dlm lakonan...bukan sekadar tangkap muat je...SYabas pada Pengarah Filem nih iaitu Saudara Ismail Bob Hashim...biarpun ini ada la filem arahan pertama beliau...syabas jugak pada pelakon2 baru dan yg lama sebab berjaya bawak watak2 masing2 dgn berkesan tanpa ada rasa bosan.

Untuk filem nih aku kasik 5 bintang dilangit...hehehe...


Filem Ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ d8an aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.

Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.

Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”.


Tuesday, November 23, 2010

Taring


Semalam aku layan citer horror Indon nih...Konsep hantu yg dia buat kali nih memang buat aku seram tapi mcm biasa la...plot citer ntah apa2...Kisah pasal agensi modelling nak buat photo shoot dalam hutan rimba ....masa buat photo shoot tu lah hantu nih muncul.....then the story goes on jerit sana...jerit sini....lari sana...lari sini...betul2 buang masa aku tengok citer nih.
Citer nih antara filem yg paling teruk aku pernah tengok...Bermula masa diaorang naik kapal terbang nak pi lokasi tu....kapal terbang ok...bukan helicopter....boleh ke nak masuk hutan naik kapal terbang?...hahahaha...klakar....elok je flight nih landing...masa turun dari flight kan...ternampak kawasan hutan kat belakang ngan pokok2 tinggi menjulang keliling kawasan tu.....bongok betul...camne la flight tu boleh landing dlm kawasan hutan kan....tetiba aku ternampak lak....kapal terbang tu tayar xde...hahahaha...apa la...nak menipu pun agak2 la...
Then adegan seterusnya....diaorang naik lori lak masuk hutan tu...on d way...penduduk kg dr dalam hutan semua lari keluar...tp diaorang teruskan perjalanan macam xde apa2 je....mcm x kisah,....haru betul....pastu ada lak satu mamat nih .....masuk hutan siap pakai tie lagi...hahaha...apa la...beb...klu dh tahu nak masuk hutan...biarla kena ngan attire...pakai tie masuk hutan tu mcm nak bergayut ngan monyet je....hahahhaa....nasib baik filem kite x la teruk macam tu...klu x...sure 18 bakul kena kutuk.
Pastu photo shoot dlm hutan...model2 semua pakai bikini je duk posing kat pokok2 hutan tu.....mmmmm....apa la punya bangang....semata mata nak konsep mcm tu...perlu ke masuk ke hutan dalam sana....kat tepi2 hutan pun kira boleh gak...taman ke...aduiiss.....sapa la tulis skrip tu kan....kesian aku tengok.....tp aku respek ngan konsep hantu tu...memang seram...menakutkan jugak la...kira klu masuk hutan jumpa mcm tu...memang rebah ...hahahaha
So for u all info....filem nih memang aku x rekomen la...melainkan korang nak buang masa.